Produk kami telah berada dipasaran pada awal bulan November 2008 secara "conventional trading". Pada bulan Mac 2009 kami memperkenalkan laman web auralife2u serta menjalankan plan pemasaran yang baru secara online. Kami juga telah mempertingkatkan mutu produk kami.
Pada bulan May kami telah berhijrah ke pejabat yang baru , lokasinya lebih mudah dikunjungi dan selesa. Dijangka pada awal bulan Jun kami akan memperkenalkan pek yang baru yang lebih elsklusif,serta akan mengeluarkan produk terbaru iaitu selebriti set . Produk ini dijangka akan mendapat sambutan hangat kerana wangian dan keharuman serta nama –nama selebriti yang menjadi idola ramai.
Moto, Matlamat &Visi
"Menyinari Kehidupan" adalah moto kami. Berdasarkan kajian dan penelitian yang dibuat dapat dirumuskan Auralife sebagai pengeluar gabungan minyak wangi tanpa alkohol dengan tenaga getaran aura yang tiada persamaan dengan produk minyak wangi di pasaran menjadi misi awal kami. Kami yakin dengan pontensi kami untuk berkembang maju sehingga ke peringkat antarabangsa. Oleh itu pembabitan Auralife dalam pengeluran produk gabungan baru ini adalah merupakan satu tindakan yang tepat.
Kerana ianya satu produk yang amat diperlukan oleh masyarakat kini jadi sudah pasti boleh memperolehi keuntungan dan juga memajukan industri perniagaan ini . Kejayaan dan matlamat perniagaan ini pasti dapat dicapai seandainya segala perancangan yang telah disusun berjalan dengan lancar. Oleh itu, sokongan dan bimbingan dari semua pihak yang berkenaan bagi menjamin kejayaan perniagaan ini diperlukan dan dihargai. Dengan mengambil kira strategi utama dalam pemasaran untuk menarik minat pelanggan dengan lebih ramai, kami juga berusaha mencapai matlamat untuk memaksimakan keuntungan dengan meminimakan kos.
Menjadi sebuah syarikat bumiputra tempatan yang mengeluarkan produk–produk yang berasaskan aura sehingga menjadi sebuah syarikat yang disegani dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat di bumi Malaysia adalah visi kami.
Organisasi dan kekuatan syarikat
Auralife menggunakan khidmat- Master yang hebat dalam bidang aura.
- Profesor madya yang berpengalaman luas dalam bidang minyak wangi dan kosmetik
- Profesor yang pakar dalam bidang tenaga(energy)
- Doktor pakar dalam perundingan latihan aura
- Programmer – programmer yang berpengalaman luas dalam bidang it.
- Pemimpin – Pakar dalam strategi dan pemasaran
- Top Corridor Sdn Bhd telah memberi kelulusan dan kerjasama menggunakan logo "Sure Halal" serta dipantau oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
No comments:
Post a Comment