Cakra adalah perkataan dari bahasa Hindi, yang bermakna
“roda tenaga” cakra memetakan pusat–pusat dan saluran
aliran tenaga batin dan emosi. Aliran tenaga inilah yang
mengawal kesihatan fizikal dan minda seseorang.
Di dalam badan manusia, terdapat 7 cakra yang terletak
sepanjang tulang belakang ke atas kepala. Kesemua 7 cakra
mempunyai sifat–sifat yang berlainan dan juga
melambangkan fungsi–fungsi yang berlainan. Pengaliran
tenaga melalui cakra harus bergerak lancar kerana ia
mengawal kesihatan badan kita.
Ajaran cakra boleh difahami dari 2 perspektif:-
1. Kelakuan/persona seseorang, iaitu pemikiran, perasaan, emosi, fahaman diri (self awareness), daya cipta dan lain lain.
2. Kesihatan fizikal, dimana kita mengkaji kelemahan pada badan, dan mengira indeks kesihatan.
7 CAKRA :
1. UNGU (WARNA UNTUK SEMANGAT, INGATAN DAN FIKIRAN) MENJANA KESIHATAN & PENYEMBUHAN, AWET MUDA , MENJANA HORMON, MEMORI DAN TUMPUAN, PENAWAR TOKSIN DALAM OTAK, MATA KANAN, MIGRAIN, TEKANAN, TRAUMA, MIMPI YANG KRONIK, MENYEIMBANGKAN FIKIRAN DAN KEPINTARAN.
2. INDIGO (WARNA UNTUK KECERIAAN & KETENANGAN) MENJANA *NERVOUS SYSTEM*, MATA KIRI, ANTI BAKTERIA, ANTI OKSIDEN, SEMUA JENIS PENYAKIT BERKAITAN HIDUNG, MASALAH NEUROLOGI, SAKIT TULANG MUKA, SAKIT TELINGA DAN SAKIT MATA.
3. BIRU (WARNA HUBUNGAN DAN PERTUTURAN) MASALAH BERKENAAN DENGAN TEKAK, TYROID, PARATYROID, LYRYNX DAN TONSIL, MASALAH BERTUTUR (GAGAP), METABOLISMA TIDAK SEIMBANG, GANGGUAN SELERA, MASALAH BERAT BADAN DAN SUHU BADAN TIDAK MENENTU. AMBIL BERSAMA SERAP SEBAGAI PROGRAM PERLANGSINGAN.
4. HIJAU (WARNA KASIH SAYANG DAN KETENANGAN) MASALAH HATI DAN PARU-PARU, MASALAH EMOSI BERKAITAN PERASAAN, PATAH HATI, SAKIT KEPALA, MASALAH PERNAFASAN, SAKIT DADA, MASALAH BUAH DADA DAN KAWASAN BERHAMPIRAN TANGAN, JANGKITAN PARU-PARU, BATUK, ASMA, RADANG PARU-PARU, SAKIT JANGTUNG, GANGGUAN TISU HALUS DAN MASALAH KESEDIHAN.
5. KUNING (WARNA KEBERANIAN) SISTEM PERHAZAMAN (CONTOHNYA : PERUT, HATI DUODENUM, HEMPEDU, PANKREAS), GASTRIK, ULCER (LUKA DALAM PERUT, MASALAH KOLESTEROL, PENSTABIL SISTEM RANGSANGAN, MEREDA MASALAH BUAH PINGGANG DAN KULIT.
6. JINGGA (WARNA KEGHAIRAHAN DAN POTENSI) UNTUK LELAKI FUNGSI KELAKIAN, MATI PUCUK, TRAUMA EMOSI BERKAITAN DENGAN KEINGINAN, PENGHASILAN SPERMA YANG SANGAT KURANG, KESUBURAN, MASALAH PROSTAT, JANGKITAN KENCING. UNTUK WANITA SEMUA MASALAH BERKAITAN SAKIT PUAN, SENGGUGUT, TEKANAN SEBELUM HAID, HAID YANG TIDAK TERATUR, JANGKITAN SALURAN KENCING, MENOPOUS (PUTUS HAID) DAN MASALAH KEDINGINAN.
7. MERAH (WARNA UNTUK MENYEIMBANGKAN PEMIKIRAN NEGATIF DAN EMOSI ASAS) SEMUA MASALAH BERKAITAN DARAH, MASALAH URAT TIMBUL, BUASIR, PEMBEKUAN DARAH DALAM PEMBULUH ATAU JANTUNG, JUGA RAWATAN UNTUK CIRIT-BIRIT, BERAK BERDARAH, SINDROM RADANG USUS, SEMBILIT, UNTUK SEMUA KESAKITAN FIZIKAL, JUGA BAIK UNTUK SEGALA MASALAH BERKAITAN URAT SARAF DAN TULANG, MENJADI PENAWAR UNTUK TOKSIN DAN PENCEMARAN ELEKTRIK.
PENGENALAN WARNA DIRI:
SPIRITUAL/ROHANIAH – PUTIH- NEGATIF BIRU
EMOTION/EMOSI – PINK – NEGATIF HIJAU
MENTAL – HIJAU- NEGATIF KUNING
PHYSICAL/FIZIKAL – BIRU – NEGATIF MERAH
MENGUKUR MEDAN TENAGA MANUSIA:
Menurut ajaran / amalan cakra, terdapat pusat–pusat dan
saluran aliran tenaga batin dan emosi di seluruh badan
Manusia, aliran tenaga inilah yang mengawal kesihatan
badan seseorang. Sama seperti akupunktur, titik pusat yang
berlainan di dalam aliran tenaga ini berhubung kait dengan
fungsi badan yang berlainan.
Aliran tenaga ini sebenarnya menjelma sebagai satu medan
elektromagnetik ataupun medan tenaga biologi yang
menyelebungi seluruh badan manusia. Wujudnya satu
medan cahaya badan memang telah tercatat dan dipercayai
di dalam agama dan budaya yang berlainan di seluruh
dunia. Terdapat banyak lukisan kuno yang menggambarkan
nabi, orang suci atau wira dengan lingkaran yang bercahaya
di atas kepala.
Di dalam tafsiran yang lebih moden , kini sudah diterima
sebagai kenyataan bahawa wujud satu medan tenaga yang
menyelebungi seluruh badan makluk. Medan ini dikenali
sebagai aura dan memang telah disahkan melalui kajian
sainstifik sebagai satu medan tenaga biologi badan.
Menurut kajian, setiap anggota badan mengeluarkan
tenaga yang berlainan. Gabungan segala medan yang
berlainan ini membentuk aura seseorang.
Dengan menggunakan ajaran cakra dan akupunktur yang
telah diamalkan sejak berkurun yang lalu oleh pengamal–
pengamal dahulu telah berjaya menggabungkan beberapa
teknik degan amalan–amalanya. Hasilnya amat berjaya
kerana pakar–pakar kini dengan mudah dapat membuat
diagnosis keatas fungsi–fungsi anggota badan yang
berlainan hanya berdasarkan kajian aura seseorang itu.
Seseorang pengendali yang terlatih mampu mengenalpasti
kawasan bermasaalah seseorang itu hanya dengan
mengkaji aura orang itu. Malah tahap tekanan hidup
seseorang itu pun boleh diukur dengan mudah.
No comments:
Post a Comment